Mungkinkah Majikan Periksa Akaun Sosial Media Saya?

Kongsi Artikel Ini
Kongsi Artikel Ini

Mungkinkah Majikan Periksa Akaun Sosial Media Saya?

Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi sebenarnya Ya.

Majoriti manusia pada hari ini mempunyai akaun Sosial Media dan Facebook adalah salah satu akaun yang biasa digunakan.  Jika anda seorang yang aktif di internet dan mempunyai pengalaman profesional, anda lebih mudah dijejaki secara maya oleh bakal majikan anda, paling minimum mereka boleh “Google” anda untuk mendapatkan profail anda di internet.

Paling kerap, dan ini sebenarnya bukan satu benda yang bagus kerana kebanyakan profail pencari kerja di internet tidak terlalu menarik.  Selalunya apa yang boleh dijumpai ialah gambar makanan yang mereka makan, gambar bersama keluarga, dan pemandangan cantik. Walau bagaimanapun, penampilan yang bagus diri anda di internet, samada ianya sengaja direka oleh anda atau secara tak sengaja, sebenarnya ianya boleh memberikan kesan kepada bakal majikan anda.

Manusia tak dapat lari dari sikap menilai orang lain, termasuk juga bakal penemuduga anda. Sebenarnya mereka bukanlah mencari alasan kenapa untuk tidak mengambil anda sebagai pekerja tapi dalam masa yang sama mereka berharap mereka tak mengambil pekerja yang salah. Itu hanyalah tugas mereka. Tugas mereka ialah untuk membantu majikan mencari calon pekerja yang betul dan bukannya calon yang akan bawa masalah.

Masalahnya, anda mungkin rasa tak ada salahnya dengan apa yang anda post di ruangan komen atau foto yang anda muat naik. Ketika anda muat naik, anda fikir ianya mungkin sesuatu yang lucu atau sesuatu yang biasa anda buat dan anda nak kongsikannya. Tapi cuba fikirkan gambar yang anda ambil ketika anda dalam keadaan yang tak bagus, atau aksi gila-gila anda, apa sebenarnya yang anda cuba tunjukkan? Adakah ianya menunjukkan anda seorang yang menyeronokkan, atau seorang yang liar dan mempunyai masalah disiplin? Bagaimana pula tentang komen berbaur politik yang anda tulis di Twitter? Adakah ianya menunjukkan anda menyokong mana-mana pihak atau sekadar sebahagian dari berjuta-juta manusia yang ada pendapat yang sama.

Employers try to avoid disasters in the office
Majikan berusaha mengelakkan musibah di pejabat

Kalau anda cuba lihat sebaliknya, anda akan lebih faham bagaimana akaun sosial media dapat membantu memberikan gambaran positif tentang diri anda, anda boleh muat naik gambar anda melakukan kerja kebajikan, membantu orang cacat penglihatan di hujung minggu, atau sebagai seorang chef amatur dan hobi anda untuk berkongsi resepi yang anda cipta. Secara puratanya, orang ramai akan melihat sisi positif seorang calon dan mungkin akan tertarik dengan anda sehingga membantu melayakkan anda untuk ke langkah seterusnya. Atau terus membuat tawaran pekerjaan kepada anda.

“Sosial media sebenarnya ialah ibarat pedang dua mata, ianya boleh bantu anda tapi dalam masa yang sama boleh juga merosakkan anda.”

Apa yang penting, anda perlu sedar tentang keadaan ini. Sedar bahawa apa saja yang anda muat naik ke platform internet akan kekal selamanya. Anda mungkin rasa OK dengannya sekarang, tapi untuk masa akan datang, anda mungkin akan rasa menyesal kerana tak tahu tentang akibatnya lebih awal.

Kongsi Artikel Ini
Anda mungkin juga berminat
8 Nov 2021

Syarikat baru-mula Malaysia, MakeTimePay, telah memperolehi pelaburan ketara dari Encik Simon Landsheer dari Belanda, yang merupakan seorang usahawan tersohor dan pelabur perniagaan baru-mula peringkat awal. Dana baru tersebut akan digunakan untuk mengembangkan tenaga kerja syarikat, meluaskan keupayaan platform serta membuat pelaburan untuk pemerolehan pelanggan.

4 Mei 2021

Sebenarnya ada banyak kesilapan yang dilakukan oleh pencari kerja bila mereka menghadiri sesi temuduga. Kalau sikit-sikit, mungkin masih boleh diterima tapi kalau kesemua kesilapan ini dibuat serentak, akibatnya mungkin buruk. Mereka mungkin akan menghentikan sesi temuduga lebih awal dari sepatutnya atau sekurang-kurangnya mereka tak akan terfikir untuk membawa anda untuk peringkat selanjutnya. Apa yang lebih teruk lagi ialah sebenarnya kesilapan ini boleh dielakkan. Sangat-sangat boleh dielakkan.