5 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Ketika Sesi Temuduga Kerja

Kongsi Artikel Ini
Kongsi Artikel Ini

5 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Ketika Sesi Temuduga Kerja

Sebenarnya ada banyak kesilapan yang dilakukan oleh pencari kerja bila mereka menghadiri sesi temuduga. Kalau sikit-sikit, mungkin masih boleh diterima tapi kalau kesemua kesilapan ini dibuat serentak, akibatnya mungkin buruk. Mereka mungkin akan menghentikan sesi temuduga lebih awal dari sepatutnya atau sekurang-kurangnya mereka tak akan terfikir untuk membawa anda untuk peringkat selanjutnya. Apa yang lebih teruk lagi ialah sebenarnya kesilapan ini boleh dielakkan. Sangat-sangat boleh dielakkan.

(1) Lewat Hadir

Ini benda asas dan adalah lebih baik jika anda hadir sejam lebih awal dan tunggu dari seminit terlewat. Tak ada alasan yang boleh diterima jika anda hadir lewat dalam sesi yang sangat penting seperti ini. Dan..hakikatnya calon temuduga selalu lambat. Kebiasaannya, jika anda hadir tepat pada masanya, anda terpaksa melakukan beberapa perkara lain seperti mendaftar di pegawai keselamatan sebelum memasuki bangunan, mengisi borang penting di mana semua proses ini akan mengambil masa. Anda perlu bijak untuk menganggarkan lebih masa yang sesuai dan boleh hadir lebih awal supaya dapat segera masuk ke sesi interview bila nama anda dipanggil.

Penemuduga boleh hadir lambat walaupun kelihatannya tidak adil dan dilihat sebagai hak mereka, tetapi anda sebagai pemohon tidak boleh sekali-kali untuk lewat. Kelewatan anda adalah petanda bahawa anda sebenarnya tidak kisah atau anda seorang yang tidak tersusun dan tidak boleh merancang lebih baik atau kedua-duanya. Semua ini menjadikan anda sebagai calon yang tidak bagus untuk dipilih.

(2) Penampilan Tak Sempurna

Sekarang bukannya lagi zaman orang hadir ke sesi temuduga dengan terpaksa berpakaian suit lengkap dan bertali leher. Tapi masih lagi penting untuk anda hadir dengan berpenampilan sebaiknya supaya penemuduga rasa anda hadir dengan penuh rasa hormat. Bukan lagi menjadi trend fesyen (Syukurlah!) tapi calon lelaki yang hadir dengan stail rambut baru bangun tidur bukan lah sesuatu yang ‘kool’! Untuk calon lelaki dan perempuan, pastikan butang baju anda ditutup sebaiknya dan anda tak perlu nak menonjolkan dada anda.

Ingat! Ini adalah perniagaan bukannya untuk sesi ‘clubbing’. Mungkin ada yang rasa ini adalah sangat tradisional dan ketinggalan zaman, tapi ada satu cara mudah untuk anda uji: ambil gambar swafoto berpakaian untuk ke sesi temuduga dan hantarkannya kepada rakan-rakan yang bekerja sepenuh masa di pejabat. Tanya mereka jika penampilan anda kelihatan sesuai untuk hadir ke sesi temuduga di pejabat mereka.

Ini mungkin bukan ujian terbaik untuk dapatkan pendapat dari orang lain, selain dari dapatkan pandangan dari ibu anda yang mungkin anda rasa lebih konservatif!

(3) Tak Tahu Tujuan Sebenar

Seseorang hadir ke sesi temuduga kerana hendak mendapatkan peluang pekerjaan. Itu benda mudah yang sepatutnya anda faham dan berusaha untuk mendapatkan peluang tersebut kerana penemuduga sebenarnya hanya mahu berjumpa dengan calon yang betul-betul mahukan pekerjaan dan sanggup buat apa saja untuk bekerja dengan syarikat mereka! Bukan setakat di manamana syarikat tetapi dengan syarikat mereka. Jadi, tugas anda sebenarnya ialah untuk menunjukkan kepada penemuduga bagaimana jawatan dan syarikat tersebut adalah sangat anda impikan. Untuk mencapai impian itu, anda perlu tunjukkan kesungguhan, minat, memberikan perhatian sepenuhnya, komitmen dan semua perkara seperti itu yang memberikan tanggapan terbaik oleh penemuduga ke atas anda dan bukannya kepada pemohon yang lain. kalau anda buat semuanya, paling kurang pun anda akan jadi yang teratas dalam senarai pendek calon kalau pun tak berjaya dapatkan tawaran kerja

(4) Tak Tahu Nama Penemuduga

Bila anda berjumpa penemuduga, mereka mungkin tak perkenalkan diri atau berikan kad nama mereka kepada anda. Mereka mungkin terlepas pandang kerana mereka berjumpa dengan ramai orang. Bukan juga mereka sengajakan, bukan tandanya mereka sombong atau sebagai satu ujian untuk anda. Tetapi untuk menunjukkan bahawa anda betul-betul mahukan perhatian dari mereka dalam proses ini, anda boleh dapatkan kepastian pada awal sesi temuduga anda dapatkan nama penemuduga, dan seterusnya dalam sebutkan namanya dalam perbualan anda dan pastikan sebutannya betul! Sebenarnya ianya adalah salah satu cara untuk tunjukkan budi bahasa anda kerana bila anda berbudi bahasa menunjukkan anda ambil berat dan jika anda nak berikan gambaran terbaik tentang diri anda di hadapan penemuduga anda perlu ambil berat bagaimana pandangan penemuduga terhadap anda.

Akhirnya sesi temuduga akan jadi lebih rapat dan menjadikan anda lebih mudah diingati dan anda ada peluang lebih tinggi untuk dapatkan peluang kedua.

(5) Tak Bersedia

Penemuduga selalunya berjumpa dengan beribu-ribu pemohon. Walaupun mereka jumpa jumlah yang kecil, mereka mudah untuk rasa bosan dan calon yang merepek akan buatkan mereka berikan penilaian negatif awal-awal lagi. Sebab itu, sangat penting untuk anda tampil menarik ketika sesi temuduga kerana anda telah memikirkan peristiwa itu sebelumnya dan menjangka apa yang akan mereka tanyakan kepada anda.

Dan anda mempunyai jawapan yang masuk akal dan meyakinkan untuk setiap soalan yang ditanyakan. Ini bukanlah sesuatu yang baru dan inovatif, tetapi sangat penting untuk anda beri perhatian kerana perkara terburuk yang timbul dalam konsep penyediaan ini adalah bila anda menjawab seperti robot atau bacaan jawapan anda. Persiapan untuk sesi temudugabukanlah seperti anda menghafal skrip seolah-olah anda bersiap untuk berlakon dalam filem. Persiapan bermaksud anda sudah bersedia dan tidak terkejut dengan apa sahaja yang ditanyakan kepada anda. Sebenarnya ianya tak sesukar mana, hanya perlukan persediaan yang terbaik.

 

Interview scene
Adegan Temuduga

Pada akhirnya, dengan syarat kelayakan anda yang memenuhi jangkaan penemuduga, keinginan anda yang besar untuk berjaya dalam sesi temuduga akan ditentukan oleh jumlah masa dan persiapan yang anda buat sebelum sesi temuduga

Semoga berjaya!

Kongsi Artikel Ini
Anda mungkin juga berminat
12 Mei 2021

Setiap hari ada berita dan pernyataan Kerajaan yang mendorong orang ramai untuk belajar pengaturcaraan komputer, atau pengekodan. Keupayaan teknikal ini adalah untuk membantu semua orang mampu mengekalkan pekerjaan mereka dan mencari peluang kerja baru. Ramai menyebutnya sebagai 'keperluan masa depan' kerana bekerja di masa depan sangat berkaitan dengan teknologi. Jadi, jawapan untuk pertanyaan Adakah patut anda belajar pengaturcaraan adalah Ya! : Dan kami sangat pasti dengan ini,.

8 Nov 2021

Syarikat baru-mula Malaysia, MakeTimePay, telah memperolehi pelaburan ketara dari Encik Simon Landsheer dari Belanda, yang merupakan seorang usahawan tersohor dan pelabur perniagaan baru-mula peringkat awal. Dana baru tersebut akan digunakan untuk mengembangkan tenaga kerja syarikat, meluaskan keupayaan platform serta membuat pelaburan untuk pemerolehan pelanggan.