Memaksimumkan pengalaman pengguna melalui fleksibilti kaedah bayaran di maketimepay
Memaksimumkan pengalaman pengguna melalui fleksibilti kaedah bayaran di maketimepay
Pelancaran sistem bayaran baru yang memudahkan transaksi bayaran untuk setiap pengguna.
KUALA LUMPUR, 1 JULAI 2022 - MTP Pay dan MTP Secure merupakan kaedah bayaran terkini di MakeTimePay. Tujuan tambahan sistem ini adalah untuk memberi flexibiliti dan keselesaan dalam memilih cara membayar dan dibayar setiap kali sebuah tugasan dilakukan. Bayaran boleh disalurkan kepada pekerja secara langsung atau melalui kaedah selamat yang menggunakan sistem akaun escrow. Kedua-dua kaedah ini boleh dilakukan menggunakan kad kredit, debit, atau e-wallet.
“Norma pekerjaan perlu berubah dan MakeTimePay menghala ke arah tersebut.”
Pandemik COVID telah menunjukkan bahawa norma pekerjaan perlu berubah dan MakeTimePay menghala ke arah tersebut. Platform tersebut memberi ruang kepada setiap individu untuk mencari pendapatan tambahan manakala syarikat dan para peniaga pula boleh mencari pekerja bagi melaksanakan pekerjaan. Platform ini memudahkan majikan menguruskan perbelanjaan mereka dengan mengambil pekerja hanya bila diperlukan. Fleksibiliti dalam pengambilan pekerja seperti ini memerlukan sistem pembayaran yang mempunyai fleksibiliti setanding dengannya.

MTP Pay merupakan kaedah standard transaksi harian kita. Apabila pekerja telah menyelesaikan tugasan, majikan akan membuat bayaran secara langsung melalui platform tersebut. MakeTimePay memberikan pilihan kaedah bayaran tersebut kerana ia merupakan kaedah yang dikenali dan berleluasa. Sistem ini boleh digunakan untuk membuat bayaran deposit, bayaran separa, dan bayaran penuh.

MTP Secure merupakan ciri baru yang disertakan. Ia berfungsi dengan melindungi dana anda dalam akaun escrow sebelum bermulanya sebuah tugasan. Tujuan sistem ini adalah untuk memberikan keselesaan dan keselamatan kepada kedua-dua pihak ketika pekerjaan sedang berlangsung. Setelah tugasan selesai, pekerja boleh membuat permintaan untuk bayaran tersebut untuk dilepaskan daripada escrow. Setelah permintaan tersebut diluluskan majikan, mereka akan menerima bayaran tersebut dalam 1-2 hari bekerja, terlaju di Malaysia pada masa kini. Sistem ini melindungi pekerja daripada ditipu dan tidak dibayar oleh majikan.
Majikan juga berisiko untuk ditipu apabila mereka mengambil pekerja. Jadi, MTP Secure dibuat untuk melindungi majikan sebelum, ketika, dan selepas proses berlangsungnya tugasan. Setelah majikan membuat bayaran ke dalam simpanan escrow, mereka boleh melepaskan bayaran tersebut kepada pekerja yang dilantik setelah hasil kerja diterima. Majikan juga diberi kebolehan untuk mengusulkan pertikaian yang membenarkan majikan untuk mendapat bayaran balik jika pekerja tidak mampu menyelesaikan tugasan yang diberi. Ini memastikan majikan menerima kualiti kerja yang terbaik dari pekerja di MakeTimePay.

MakeTimePay mempercayai bahawa setiap pengguna berhak untuk memilih kaedah mengendalikan operasi mereka. Pengenalan sistem bayaran baru menyanding kepercayaan tersebut dengan memberikan keselamatan dan keselesaan kepada kesemua pihak setiap kali transaksi bayaran dilakukan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi MakeTimePay di https://maketimepay.com/.
Syarikat baru-mula Malaysia, MakeTimePay, telah memperolehi pelaburan ketara dari Encik Simon Landsheer dari Belanda, yang merupakan seorang usahawan tersohor dan pelabur perniagaan baru-mula peringkat awal. Dana baru tersebut akan digunakan untuk mengembangkan tenaga kerja syarikat, meluaskan keupayaan platform serta membuat pelaburan untuk pemerolehan pelanggan.
Sekiranya anda sedang berfikir "Saya baru saja diberhentikan kerja, sekarang apa yang harus saya lakukan?", Artikel ini adalah untuk anda.
