Apa Nak Buat Bila Permohonan Kerja Anda Ditolak?
Apa Nak Buat Bila Permohonan Kerja Anda Ditolak?
Bagaimana sekarang?
Hanya peratusan kecil sahaja dari pemohon pekerjaan yang akan diterima. Bunyinya macam sesuatu yang sukar kita nak percayai. Hakikatnya, 99.9% dari bilangan penduduk, pernah alami kes permohonan kerja ditolak, walaupun tak begitu kerap. Soalan seterusnya, apa nak buat bila permohonan kerja kita ditolak?
Samada anda memohon jawatan besar atau jawatan kecil, jawatan sepenuh masa atau kerja sambilan, atau tugas mengikut projek, jika berlakunya kemungkinan anda tak terpilih untuk kerja tersebut, anda perlu tahu apa prosedur standard yang anda perlu buat bila anda tahu anda tak terpilih.
Biasanya, anda akan terus cuba nak cari jawapan kenapa anda tak terpilih. Ada kemungkinan, penemuduga tidak akan berikan jawapan atau respons kepada pertanyaan anda, atau kalau mereka maklumkan kepada anda pun, mereka mungkin elakkan untuk memberitahu perkara yang sebenar. Mereka mungkin akan gunakan ayat-ayat seperti “pengalaman anda sebenarnya sangat mengagumkan tetapi bidang ini sebenarnya sangat susah dan mencabar”. Padahal sebenarnya apa yang mereka maksudkan ada calon lain yang lebih layak dan lebih bagus dari anda. Mereka juga akan cuba menjaga hati anda dengan mengatakan bahawa mereka akan simpan resume anda dan akan hubungi anda kembali jika ada peluang lain di masa akan datang. Mungkin benar, tapi janganlah terlalu berharap.
Apa pun respons dari penemuduga, usahakan untuk kenal pasti kenapa anda tak terpilih supaya anda dapat perbaiki kesilapan atau kekurangan anda untuk masa akan datang. Ada sebahagian penemuduga akan memberikan jawapan yang sangat jujur sehinggakan sukar untuk diterima, tapi hakikatnya mereka sebenarnya cuba membantu anda supaya menjadi lebih bagus. Jangan marah dan berkecil hati bila anda dapat komen seperti itu, cuba untuk ambil pengajaran dan memahaminya, dan hargai masa yang mereka berikan untuk memberikan maklum balas yang jujur kepada anda.
Perkara kedua yang anda mesti lakukan ialah, samada anda dapat maklum balas kenapa anda tidak dipilih dari penemuduga anda atau tidak, ianya adalah satu sesi ‘bedah siasat’ tentang pengalaman anda terhadap organisasi tersebut. Anda boleh tanya diri sendiri tentang apa yang betul, apa yang tak berapa betul, bagaimana anda boleh lakukannya lebih baik lagi di masa akan datang?
Ini pun sebenarnya sesuatu yang berharga, tetapi hanya jika anda jujur dengan diri sendiri. Jika anda rasa anda betul dan susah nak mengakui kesilapan sendiri, anda tak akan perbaiki diri dan perbaiki peluang anda untuk buat lebih baik di masa akan datang. Setiap pengalaman, samada baik atau buruk pasti ada pengajaran disebaliknya. Samada anda dapat peluang kedua untuk buat lebih baik atau tak, ianya tetap satu peluang untuk anda buat lebih baik.
Perkara ketiga dan yang paling penting untuk anda lakukan ialah untuk teruskan mencuba lagi, dan ulang kembali proses pencarian peluang pekerjaan dan teruskan dengan menghantar permohonan. Tapi kali ini, anda boleh lakukannya lebih baik dan mungkin boleh perbaiki cara permohonan anda. Penambahbaikan yang kecil pun mungkin dapat memberi perubahan yang besar.
Memang lebih mudah untuk berkata-kata dari melakukannya terutama dalam situasi sekarang di mana ramai orang sedang mencari pekerjaan. Suka atau tak, anda kena terima hakikat yang anda akan alami lebih banyak kegagalan dan permohonan ditolak dari berjaya mendapatkan pekerjaan, tapi sudah pastinya ada cara lain yang anda boleh lakukan. Anda hanya perlu teruskan, tapi buat lebih baik dengan cara yang anda baru saja pelajari. Ingat ‘ni, tak mungkin kita akan dapat hasil yang berbeza jika kita buat perkara yang sama dengan cara yang sama.
“Teruskan belajar, betulkan yang silap, buat lebih baik dan teruskan berusaha.”
Setiap hari ada berita dan pernyataan Kerajaan yang mendorong orang ramai untuk belajar pengaturcaraan komputer, atau pengekodan. Keupayaan teknikal ini adalah untuk membantu semua orang mampu mengekalkan pekerjaan mereka dan mencari peluang kerja baru. Ramai menyebutnya sebagai 'keperluan masa depan' kerana bekerja di masa depan sangat berkaitan dengan teknologi. Jadi, jawapan untuk pertanyaan Adakah patut anda belajar pengaturcaraan adalah Ya! : Dan kami sangat pasti dengan ini,.
Setiap hari ada berita dan pernyataan Kerajaan yang mendorong orang ramai untuk belajar pengaturcaraan komputer, atau pengekodan. Keupayaan teknikal ini adalah untuk membantu semua orang mampu mengekalkan pekerjaan mereka dan mencari peluang kerja baru. Ramai menyebutnya sebagai 'keperluan masa depan' kerana bekerja di masa depan sangat berkaitan dengan teknologi. Jadi, jawapan untuk pertanyaan Adakah patut anda belajar pengaturcaraan adalah Ya! : Dan kami sangat pasti dengan ini,.
